Saturday, February 13, 2016

Tips kecantikan

PENTING !! ANDA PERLU TAHU ISTILAH KECANTIKAN YANG DIGUNAKAN PADA PRODUK KECANTIKAN 


.
.
.
Kepada pengamal barangan kecantikan, kami nasihatkan anda perlu mengetahui istilah-istilah yang diguna pakai supaya sesuai dengan anda. Post kali ini kami kongsikan 14 istilah kecantikan yang perlu anda tahu.
.
.
Antara istilah yang sering diguna pakai ialah :
1- Astrigen:
Penyegar yang membantu untuk mengawal permukaan kulit berminyak & menurunkan pH kulit selepas kulit dibersihkan
2- ‘Benzoyl Peroxide’:
Bahan anti bakteria yang biasa digunakan untuk merawat jerawat.
3- ‘Chamomile’:
Sumber dari tumbuhan-tumbuhan yang terbukti secara klinikal membantu mencegah kulit memerah. Ia menjadikan kulit terasa selesa & nyaman. Bertindak berkesan terhadap alahan.
4- Hidrat:
Berfungsi untuk menambahkan kelembapan pada kulit.
5- Jojoba:
Tonik & Pelembab. Ia merawat kulit kering, kedutan & tanda rekahan kulit (strech marks).
6- Kosmetik:
Bahan atau campuran bahan untuk disapukan, dilekatkan, dituangkan, dipercikkan atau disemburkan pada, dimasukkan dalam, dipergunakan pada badan atau bahagian badan manusia dengan maksud untuk membersih, memelihara, menambah daya penarik atau mengubah rupa dan tidak termasuk dalam kumpulan ubat.
7- ‘Melanin’:
Pigmen hitam yang ditemui pada rambut dan kulit.
8- Minyak Tea Tree:
Bahan pengawet semulajadi yg mengandungi unsur-unsur antiseptik dan membunuh kuman.
9. PABA:
Asid ‘Para-aminobenzoic’. Ditemui dalam Vitamin B kompleks. Digunakan sebagai bahan dalam beberapa produk pelindung matahari.
10. pH:
Peratus hidrogen. Digunakan untuk mengukur tahap keasidan dalam persediaan kosmetik.
11. Rose Hips
Estrak pelbagai spesis ros liar yang kaya dengan Vitamin C.
12. SPF (Sun Protection Factor): 
Angka selepas SPF memberitahu anda tentang jumlah masa yang diambil oleh kulit untuk terbakar dengan penapis matahari berbanding jumlah masa sebelum kulit anda terbakar tanpa penapis matahari.
Misalannya, SPF 8 bermakna kulit anda dilindungi dan anda boleh berada di bawah sinaran matahari 8 kali lebih lama berbanding tanpa perlindungan sebelum kulit mula terbakar.
13. Waxing
Banyak digunakan untuk menanggalkan bulu roma atau rambut dengan menggunakan lilin panas atau sejuk.
14.’Zinc Oxide’: 
Digunakan untuk melindungi, menyamankan  dan memulihkan kulit. Ia juga memberikan perlindungan yang baik terhadap sinaran matahari.

No comments:

Post a Comment